Tuah nombor tujuh buat Harimau Malaya

Tuah nombor tujuh buat Harimau Malaya

FAISAL Halim (kanan) menjarinmgkan gol kemenangan Harimau Malaya dalam aksi menentang Kyrgyzstan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan 4-3 ke atas Kyrgyzstan dalam aksi pertama Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 semalam secara kebetulan mempunyai kaitan dengan nombor tujuh.

Nombor tujuh menjadi simbolik kepada kemenangan Harimau Malaya apabila, gol pertama jaringan Dion Cools hadir pada kinit ketujuh, dan Malaysia bagkit semula dalam perlawanan berkenaan pada minit ke-77 juga menerusi Cools.

Faisal Halim yang memakai jersi nombor tujuh juga menjadi wira apabila menjaringkan gol kemenangan Harimau Malaya pada penghujung perlawanan selepas mendapat umapanan menarik daripada Arif Aiman Hanapi.

Selain itu, jumlah jaringan keseluruhan dalam perlawanan itu juga adalah tujul gol dan dengan kemenangan itu, Harimau Malaya juga naik tujuh anak tangga dalam ranking FIFA untuk menghuni kedudukan ke-130 dunia.

Bagaimanapun, itu semua hanyalah kebetulan sahaja dan kebangkitan dramatik Harimau Malaya semalam ternyata menggembirakan seluruh peminat bola sepak tanah air dan diharapakan sokongan itu berterusan.

Kemenangan Malaysia semalam menyaksikan anak-anak buah Kim Pan Gon berjaya mengutip tiga mata penuh dan berada di tangga kedua Kumpulan D, berkongsi tida mata dengan Oman yang meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Taiwan.

Malaysia bakal meneruskan saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan aksi menentang Taiwan pada Selasa ini di gelanggang lawan, manakala Oman bakal berdepan Kyrgyzstan pada tarikh yang sama.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya