Tiga gol KL City buatkan Kelantan United gigit jari

Tiga gol KL City buatkan Kelantan United gigit jari

Barisan pemain KL City (jersi hitam) cuba bersaing dengan pemain Kelantan United (jersi merah) dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN MALAYSIA)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasukan Kuala Lumpur City akhirnya berjaya menamatkan kemarau kemenangan setelah merakamkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan United dalam yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur sebentar tadi.

Anak buah Nenad Bacina memulakan perlawanan dengan prestasi memberangsangkan apabila di hadapan seawal pada minit ke 21 menerusi pemain pertahanan, Matko Zirdum.

Gol tersebut menyemarakkan lagi semangat tuan rumah dengan melancarkan serangan bertubi-tubi, namun tiada tambahan jaringan dapat dihasilkan sehingga tamat babak pertama.

Aksi-aksi pemain KL City menentang Kelantan United dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. (FOTO: AMIR KHALID/UTUSAN MALAYSIA)

Memasuki aksi di separuh masa kedua, KL City tidak mengendurkan momentum mereka, dan percaturan itu berhasil untuk mendapatkan gol kedua menerusi Paulo Josue pada minit ke 68.

Berselang sepuluh minit kemudian, pemain gantian, Tchetche Kipre yang dimasukkan bagi menggantikan Romel Morales menambah luka Kelantan United dengan meledak gol ketiga KL Cty sekaligus memastikan tuan rumah memungut tiga mata dalam perlawanan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya