Suttinon Panyo unggul hari pertama Kejohanan Jelajah Toyota

Suttinon Panyo unggul hari pertama Kejohanan Jelajah Toyota

SUTTINO Panyo beraksi cemerlang dalam pada hari pertama Kejohanan Jelajah Toyota. Gambar oleh Ali Mufti/Toyota Tour)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf Thailand, Suttinon Panyo melakar keputusan cemerlang lima di bawah par (67 pukulan) yang menakjubkan sekali gus meletakkannya sebagai pendahulu pusingan pertama Kejohanan Jelajah Toyota yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, petang tadi.

Di tempat kedua pula terdapat enam pemain yang mencatat pukulan empat di bawah par termasuk dua dari Malaysia iaitu Galven Green dan Daeng Abdul Rahman.

Beraksi dalam cuaca yang baik, Suttinon, 20, yang kini merupakan pemain No.9 di Thailand turut menggondol tujuh birdie dan dua bogey bagi melonjakkan namanya sebagai 10 pemain terbaik Order of Merit Jelajah Pembangunan Asia, di mana dia berada di kedudukan ke-35.

“Saya suka padang ini. Keadaannya sangat baik untuk permainan saya kerana saya suka ketika membuat pukulan dari tee.

“Permainan keseluruhan saya bagus tetapi saya sebenarnya boleh melakukan lebih banyak lagi pukulan.

“Jika saya tidak menang, maka saya lebih suka menyertai dua atau tiga acara dalam jelajah dan kemudian bersedia untuk Jelajah Asia peringkat pertama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Galven yang memenangi Piala Alphard bulan lalu, kelihatan gembira dengan permainannya yang bebas bogey hari ini.

“Saya memukul bola dengan baik dari tee ke kawasan hijau, tetapi masih awal dan kita akan lihat bagaimana keadaannya,” katanya.

Kejohanan yang akan berakhir pada 18 November ini merupakan jelajah terakhir Toyota bagi musim 2023 dan menampilkan enam pemain golf negara turut membuat penampilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya