Skuad hoki wanita tumpaskan Thailand 2-0

Skuad hoki wanita tumpaskan Thailand 2-0

PEMAIN Hoki wanita negara meraikan gol yang dihasilkan ketika menentang India di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2023 di Ranchi, India- Ihsan AHF / Hockey India
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki wanita negara akhirnya memperoleh kemenangan pertama di Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia Wanita 2023 di Ranchi, India apabila menewaskan Thailand 2-0, sebentar tadi.

Dua jaringan negara pada perlawanan itu dihasilkan oleh Nur Shamine Azureen Mohammed Badusha pada minit ke-25 sebelum Nur Nabila Alia Yussaini meledak jaringan padang pada minit ke-52.

Malaysia sekali lagi dijadual bertemu Thailand untuk penentuan tempat kelima dan keenam di Stadium Marang Gomke Jaipal Astroturf, Ranchi, India pada Sabtu ini.

Pengendali skuad hoki wanita negara, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, dia berpuas hati dengan persembahan dipamerkan anak buahnya selepas tiga kekalahan di tangan China, India dan Jepun selain satu keputusan seri dengan Korea Selatan.

“Alhamdulillah dapat kemenangan pertama hasil usaha dipamerkan pemain. Mereka memberikan persembahan yang baik, lebih berdisiplin di bahagian pertahanan.

“Kita terlepas tujuh pukulan sudut penalti dan kita akan melihat kembali rakaman video untuk memperkemaskan lagi permainan sebelum memasuki perlawanan terakhir nanti,” kata Nasihin.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya