Sivsangari mara ke suku akhir Terbuka Singapura 2023

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Singapura dengan singkirkan pemain ternama Mesir.

S.Sivasangari berjaya mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura selepas menewaskan pilihan pertama kejohanan, Nour El Tayeb hari ini. (FOTO: ihsan Squash Singapore)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, S. Sivasangari meneruskan perjuangan kem Malaysia di Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura selepas menyingkirkan pilihan pertama kejohanan, Nour El Tayeb dari Mesir dalam aksi pusingan kedua hari ini.

Perlawanan yang berlangsung di Arena OCBC, Singapura menyaksikan Sangari bermula garang mendominasi dua set pertama sebelum El Tayeb bangkit di set ketiga.

Bagaimanapun pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu memastikan kemenangan kali ini berpihak kepadanya dengan menoktahkan permainan di set keempat, dengan keputusan akhir 11-6, 12-10, 8-11, 12-10 selepas bertarung selama 54 minit.

Kemenangan ini juga membalas kembali kekecewaan dialami Sangari selepas tumpas kepada Tayeb ketika aksi separuh akhir Piala Skuasy Malaysia yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan minggu lalu.

“Saya telah tewas kepada Tayeb lebih empat lima kali sebelum ini, jadi untuk saya berjaya mengalahkannya adalah satu kejayaan yang besar untuk diri saya.

“Saya berlawan dengannya minggu lalu di Malaysia, dan saya cuba membuat analisis gaya permainannya dengan jurulatih saya, Ajaz Azmat bersama bantuan jurulatih saya di Amerika Syarikat, Arnold Palmer.

“Saya cuba bersabar sebanyak mungkin dalam perlawanan ini, percayakan diri dan kecergasan yang saya miliki dan saya rasa saya telah melakukan tugas yang baik untuk hari ini.

“Saya cuba kekalkan fokus saya, satu mata demi satu mata, dan tidak terlalu memikirkan sangat akan keputusan keseluruhan perlawanan, percaturan itu amat berbaloi dan saya amat gembira dengan permainan saya pada hari ini,” kata Sangari.

Dia kini terpaksa menanti pemenang di antara Sarah Jane Perry (England) dan Zeina Mickawy untuk mengatahui lawannya esok di peringkat suku akhir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya