Sivasangari rangkul gelaran skuasy Hong Kong

Sivasangari rangkul gelaran skuasy Hong Kong

S. SIVASANGARI bersama trofi selepas menewaskan Amina Orfi pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong. - IHSAN HK SKUASY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan wanita negara, S. Sivasangari merangkul gelaran keduanya, tahun ini, selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, hari ini.

Pemain di ranking 22 dunia itu mengekalkan persembahan konsisten untuk menundukkan juara remaja dunia, Amina Orfi dari Mesir 11-9, 11-8, 11-5 dalam masa 38 minit.

Ogos lalu, pemain berusia 24 tahun itu menggondol gelaran pertamanya selepas memenangi Trofi Tunku Mukhriz di Seremban, Negeri Sembilan.

Lebih manis pemenang pingat emas Sukan Asia itu berjaya membalas dendam ke atas Amina, 16, yang menewaskannya di Washington, Amerika Syarikat, Februari lalu, yang mana pada ketika itu Sivasangari baru sahaja pulih daripada kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

“Saya berdepan dengan pemain yang masih muda dan memiliki kualiti dalam permainannya.

“Amina memiliki corak permainan laju dan saya cuba untuk memperlahankan langkahnya. Apa yang penting saya perlu kekal dengan perancangan permainan saya,” katanya.

Menurut Sivasangari, kemenangan tersebut amat bermakna buatnya selepas ditimpa kemalangan tahun lalu.

Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, Sivasangari berkata, dia akan menyertai Terbuka Hong Kong dan hanya memiliki rehat selama sehari sebelum kembali turun ke gelanggang pada Isnin.

Bagaimanapun, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan lelaki Malaysia, Ng Eain Yow yang muncul naib juara selepas terpaksa akur kepada pemain No. 19 dunia, Aly Abou Eleinen dari Mesir 6-11, 11-5, 7-11, 7-11. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya