Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Hong Kong

S. SIVASANGARI (kiri) membalas pukulan yang Hollie Naughton pada pusingan ketiga Terbuka Hong Kong di Pusat Skuasy Hong Kong, Hong Kong, hari ini. - Ihsan Skuasy Hong Kong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang pingat emas Sukan Asia, S. Sivasangari menjadi pemain bukan pilihan pertama menjejakkan kaki ke suku akhir pada Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong selepas menewaskan Hollie Naughton dari Kanada di Pusat Skuasy Hong Kong, Hong Kong, hari ini.

Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-17 dunia selepas merangkul gelaran pada Terbuka Kelab Bola Sepak Hong Kong, minggu lalu, melakar kemenangan ke atas pilihan ke-9/16 itu 11-5, 11-5, 11-7 dalam masa 22 minit pada pusingan ketiga.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan pemain skuasy No. 1 Malaysia itu melebarkan rekod pertemuan ke atas Noughton kepada 2-1.

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah itu yang mula mempamerkan prestasi konsisten sejak memenangi pingat emas pada Sukan Asia jarang sekali berada di bawah tekanan sepanjang aksi menentang Nougthon.

Mara ke suku akhir buat kali kedua dalam kariernya pada kejohanan berstatus Platinum, Sivasangari berkata, dia amat berpuas hati dengan cara dia bermain menentang Naughton yang mencipta kejutan ke atas pilihan kelima, Olivia Weaver dari Amerika Syarikat pada pusingan kedua.

“Dalam pusingan sebelum ini, kami bermain di gelanggang biasa dan bertukar ke gelanggang kaca, ia menjadi sedikit mencabar.

“Sesiapa sahaja yang berjaya menyesuaikan diri akan memenangi perlawanan ini dan saya fikir saya berjaya menyesuaikan diri apabila mendahului lawan dalam setiap set, jadi, saya gembira mara ke suku akhir,” katanya sewaktu ditemu bual selepas perlawanan berakhir.

Pemain berusia 24 tahun itu memberitahu, terdapat perbezaan yang ketara bermain di dalam gelanggang kaca dan mujur keserasian tersebut membolehkannya menyempurnakan pukulan dengan lebih baik.

Pada suku akhir, esok, Sivasangari bakal berdepan cabaran sebenar apabila pilihan keempat, Nele Gilis dari Belgium menjadi lawannya.

Pemain No. 4 dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan pilihan ke-9/16, Sarah-Jane Perry dari England 11-3, 11-7, 6-11, 10-12, 11-2 dalam aksi yang berlanjutan lebih sejam pada pusingan ketiga.

Sementara itu, seorang lagi wakil Malaysia, Aifa Azman terkandas di pusingan ketiga 7-11, 5-11, 9-11 dalam masa 29 minit.

Kekalahan Aifa, bermakna Sivasangari menjadi wakil tunggal Malaysia beraksi pada suku akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya