Separuh masa pertama: Harimau Malaya, Taiwan terikat 0-0

Separuh masa pertama: Harimau Malaya, Taiwan terikat 0-0

ARIF Aiman Hanapi dikawal ketat dalam perlawanan menentang Taiwan, malam ini.-Ihsan Izari Rosli/Flash Sukan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya dan Taiwan terikat 0-0 pada separuh masa pertama perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Municipal Taipei, malam ini.

Harimau Malaya bermula baik pada 15 minit pertama dengan melancarkan serangan ke pintu gawang Taiwan, namun disiplin tinggi benteng The Blue Wings berjaya mengawal keadaan.

PERCUBAAN Dion Cools melambung tinggi.-Ihsan Izari Rosli/Flash Sukan

Peluang terbaik untuk Harimau Malaya berada dihadapan hadir pada minit ke-25 menerusi kapten, Dion Cools, namun rembatannya hasil hantaran Corbin Ong sedikit tersasar.

Dua minit kemudian, Akhyar Rashid pula dihidangkan peluang terbaik untuk menghasilkan gol, namun penyudah tumpul mengecewakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Pada minit ke-39, Harimau Malaya melakuakn percubaan tepat pertama perlawanan menerusi Stuart Wilkin, namun penjaga gol Taiwan, Pan Wen Chieh berjaya menampan kemas untuk menyelamatkan keadaan.

AKHYAR Rashid terlepas peluang untuk meletakkan Harimau Malaya didepan.-Ihsan Izari Rosli/Flash Sukan

Pada minit ke-42, Malaysia terlepas satu lagi peluang terbaik apabila percubaan Faisal Abdul Halim hasil hantaran Arif Aiman Hanapi sekadar menggegarkan tiang gol Taiwan.

Keputusan 0-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil dari Arab Saudi, Majed Mohammed Alshamrani.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya