Sepak takraw: PSM bantah sistem 15 mata

Sepak takraw: PSM bantah sistem 15 mata

MULAI tahun depan permainan sepak takraw akan menggunakan sistem 15 mata. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perancangan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) untuk melaksanakan sistem kiraan 15 mata dalam sepak takraw adalah terburu-buru dan mampu membunuh sukan itu.

Presiden Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan telah pun mengarahkan pemainnya untuk melakukan perlawanan pertunjukan menggunakan sistem tersebut bagi menggantikan kiraan mata 21 mata yang sedia ada Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali di Melaka minggu lalu, dan mendapati perlawanan berlangsung dengan sangat cepat.

Difahamkan, satu perlawanan sepak takraw menggunakan kiraan mata tersebut akan berakhir dalam tempoh 30 minit dengan setiap set akan memakan masa sekitar 12 sehingga 23 minit sahaja.

Justeru PSM akan menghantar video rakaman perlawanan pertunjukan itu kepada ISTAF supaya pelaksanaan kiraan 15 mata dapat dikaji dengan diteliti.

“Kami sudah membuat (perlawanan) demonstrasi sistem 15 mata ini ketika Piala Tun Ali (antara Selangor dan Terengganu dan Angkatan Tentera menentang Phitsanulok).

“Ada dua jenis servis yang digunakan (demonstrasi 15 mata baharu), satu servis setiap regu dan dua kali servis (berturut-turut dan bergilir-gilir dengan lawan).

“Jika dilaksanakan juga sistem kiraan 15 mata ini, keunikan sepak takraw itu akan hilang, malah penonton tengok (perlawanannya) tidak puas. PSM tidak setuju sebab terlalu cepat,” jelas Sumali.

Sistem kiraan 15 mata bukanlah asing dalam dunia sepak takraw, namun ketika itu ia menggunakan format tiga set terbaik dengan servis berpindah milik dan mata hanya bertambah jika memegang servis.

Bagaimanapun selepas beberapa kali ia dipinda, sistem 21 mata yang diperkenalkan pada 2002 akhirnya dikekalkan penggunaannya pada 2013 sehingga kini.

ISTAF memutuskan untuk mengguna pakai sistem lama itu mulai Februari 2024 dan alasan mengembalikan sistem lama itu menjimatkan masa, tenaga serta menjadikan perlawanan lebih menarik dan mendebarkan.

Pun begitu, sistem 15 mata ini kekal dengan servis tiga kali bergilir-gilir dan mata boleh bertambah tanpa memegang servis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya