Rachel kejutkan pilihan kedua, mara ke separuh akhir

Rachel kejutkan pilihan kedua, mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Piala Malaysia Ace

RACHEL Arnold menewaskan pemain No. 8 dunia, Rowan Elaraby, 9-11, 11-8, 11-9, 11-9 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka China di Pusat Sukan Shanghai, China, semalam. - Ihsan PSA World Tour
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold melakar kejutan mara ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan kedua, Farida Mohamed pada peringkat lapan terbaik Kejohanan Skuasy Piala Malaysia Ace di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Rachel yang menghuni ranking ke-39 dunia mengambil masa selama 46 minit untuk menyingkirkan pemain No. 19 dunia dari Mesir itu 11-8, 9-11, 11-7, 11-5.
Pada separuh akhir, Rachel akan berdepan seorang lagi wakil Mesir, Malak Khafagy yang menundukkan rakan senegaranya, Kenzy Azman 10-12, 12-10, 11-4, 10-12, 11-7 dalam masa 58 minit.

Rachel ketika ditemu bual selepas perlawanan berkata, dia sama sekali tidak menduga mampu memberikan saingan sengit kepada pilihan kedua itu.

“Bagi saya, kemenangan yang saya lakar hari ini adalah kejutan terbesar berjaya saya cipta pada tahun ini, saya belum pernah tewas kepada Farida lagi.

“Saya memberikan fokus sepenuhnya kepada permainan dan beraksi dengan sangat baik bagi mengatasi Farida,” katanya.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, dia sedar lawannya cuba untuk bermain psikologi pada pertemuan tadi, tetapi, mujur mampu mengatasi cabaran tersebut tanpa sebarang masalah.

Jelasnya, sikap sabar ketika beraksi dalam permainan rali turut membantunya mengekang kemaraan Farida yang merupakan antara pemain muda Mesir sedang meningkat naik.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Malak pada separuh akhir, Rachel memberitahu, dia tidak sempat melihat pemain itu beraksi dan senjatanya, esok, ialah cuba menikmati pertemuan tersebut tanpa tekanan.

Dalam satu lagi suku akhir, pemain No. 6 dunia dari Mesir, Nour El Tayeb yang diletakkan sebagai pilihan pertama turut melangkah ke peringkat empat terbaik selepas mengalahkan rakan senegaranya yang juga juara remaja dunia, Amina Orfi 11-6, 11-9, 11-7. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya