Presiden PKBM, Abu Samah meninggal dunia

Presiden PKBM, Abu Samah meninggal dunia

ALLAHYARHAM ABU SAMAH ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab, 82, meninggal dunia di Pusat Perubatan Mahkota di sini, sebentar tadi.

Perkara itu disahkan anaknya Norazman Abu Samah yang juga Naib Presiden PKBM.

Norazman berkata, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu selepas keadaan kesihatannya merosot dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

“Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 petang tadi selepas kesihatannya merosot kerana menghidap kanser prostat tahap empat.

“Beliau disahkan menghidap kanser prostat sejak tahun lalu, namun sudah pulih sikit,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Tambah Norazman, jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semabok tengah hari esok. Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Halimah Ali, 82, dan tujuh orang anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya