PJS sepatutnya neutral, Norza tetap mahu KBS campur tangan

PJS sepatutnya neutral, Norza tetap mahu KBS campur tangan

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria (kanan) menandatangani memorandum persefahaman bersama Astro Kasih yang berlangsung di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam. (FOTO: ihsan BAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan keyakinan persatuan sukan kebangsaan (NSA) kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias agar beliau menjadi individu neutral, termasuk menjernihkan isu yang sedang berlarutan ketika ini. 

Itu harapan yang dinyatakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berhubung kenyataan PJS berkenaan yang mengugut mahu membubarkan badan induk payung NSA, walaupun telah menuntut penjelasan dan bukan lari daripada isu sebenar. 

Kata Norza, adalah amat tidak wajar sama ada secara bergurau atau serius untuk seorang PJS mengeluarkan pendapat yang menimbulkan kontroversi kerana jawatan itu sepatutnya diepagang individu yang bersangka baik dan tahu mengurus tadbir.

Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mempersoalkan sikap Suhardi itu ekoran kenyataannya terhadap perkara yang bukan di bawah bidang kuasanya telah mencalarkan kepercayaan dalam persaudaraan (fraternity) NSA.

“Kita mengharapkan PJS yang mana kita ada keyakinan kepada beliau. Kalau (peribahasa) Inggeris itu, ‘be a watch dog, not bloodhound’ (jadi pemerhati dan bukan mencari kesalahan). 

“Jangan ada sikap buruk sangka, dia baru pegang (jawatan PJS) satu bulan. Tetapi dia terus buat kesimpulan dan menyuarakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dalam keadaan menteri telah melahirkan satu ekosistem yang harmoni. 

“Ada kelemahan yang ketara. Sebab itu kita minta Yang Berhormat Menteri (Hannah Yeoh) selesaikan keadaan ini kerana jika berterusan, seorang (PJS) yang sepatutnya neutral, hakim dan sepatutnya dilihat putih tetapi bersikap sedemikian, bagaimana kami ‘sports fraternity’ mempunyai keyakinan dalam sistem. 

“Adakah kami akan mendapat tiga bintang selepas ini atau empat bintang? Saya rasa sangat penting tindakan diambil bagi mengembalikan rasa percaya kami kepada sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara BAM dan Yayasan Astro Kasih di Akademi Badminton Malaysia (ABM), hari ini.

Mengulas mengenai kekesalan seperti yang dinyatakan Pejabat PJS, Norza tetap dengan pendirian mahu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) campur tangan dalam perkara ini. 

“Kekesalahan adalah pada kenyataan, bukan daripadanya. Bagi saya, saya masih kekal dengan fakta bahawa menteri harus melihat isu ini kerana bukan isu yang kecil.

“Isu ini serius dan ketika dia (PJS) seharusnya menenangkan keadaan tetapi dia melebihi bidang kuasanya dan bercakap perkara yang tidak relevan dengan apa yang diperkatakan ketika ini.

“Kita mahu mendengar penjelasannya jadi kita lihat apa dia cakaplah. Menteri harus lihat perkara ini dengan serius dan kalau kita biarkan PJS sahaja, saya rasa perkara ini tidak selesai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya