Piala Pra-U 2023 terima pertambahan pasukan bertanding

Piala Pra-U 2023 terima pertambahan pasukan bertanding

DATUK Dr. Pekan (dua dari kanan) bersama para pemain yang akan beraksi dalam Piala Pra-U 2023
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejohanan Piala Pra-U 2023 yang akan berlangsung pada 25 hingga 30 November ini bakal menyaksikan pertarungan daripada lapan pasukan, iaitu jumlah yang meningkat berbanding dua edisi sebelum ini.

Pengarah Projek Piala Pra-U, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, perlawanan musim ini dijangka lebih sengit berdasarkan kualiti pasukan-pasukan yang bertanding.

Katanya, empat pendatang baharu itu ialah Mutiara Soccer Allstar (MSA), Johor Darul Ta’zim (JDT B17), Akademi Penang Panther (APP) dan Sime Darby Football Club (SDFC) yang mana kehadiran mereka pastinya akan memeriahkan kejohanan tersebut pada tahun ini. 

“Kita dapat lihat penyertaan kali ini semuanya dari pasukan yang terbaik dan lebih kompetitif kerana kerana corak permainan setiap pasukan pastinya lebih laju dari pemain-pemain muda.

“Piala Pra U adalah kejohanan yang ditunggu-tunggu untuk menyerlahkan bakat agar mampu dipikat pasukan profesional selepas tamat sekolah. Kita juga memberi anugerah seperti pemain terbaik kejohanan dan beberapa lagi untuk menaikkan semangat para pemain. 

“Kejohanan ini juga memberi peluang kepada pemain untuk menyambung pelajaran ke universiti melalui saluran sukan sekali gus mereka boleh meneruskan kerjaya sebagai pemain bola sepak,” katanya ketika sesi sidang media Piala Pra-U, hari ini. 

Kejohanan itu bakal berlangsung di Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) itu kerana mempunyai kemudahan padang yang baik biarpun sekarang musim hujan. 

“Di AMD, mereka ada padang sintetik dan keadaan padang juga antara yang terbaik di negara ini. Jadi perlawanan boleh dijalankan waima dalam keadaan hujan. Cuma kita harap tidak berlaku banjir,” katanya. 

Selain empat pasukan baharu, kejohanan ini juga dimeriahkan dengan pasukan Malaysian University Football Team (MUFT), Akademi Bolasepak Felda (ABF), AMD dan Akademi Majlis Sukan Negeri Terengganu-TFC (MSNT-SIF-TFC). 

Pasukan juara akan membawa pulang piala pusingan serta hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat kedua RM 8,000 sementara tempat ketiga dan keempat pula, masing-masing akan menerima RM6,000 dan RM4,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya