Perseorangan wanita cemerlang ke pusingan kedua Masters KL

Perseorangan wanita negara tampil cemerlang ke pusingan kedua Masters KL 2023

K.Letshanaa cemerlang mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua wakil perseorangan negara, Wong Ling Ching dan K. Letshanaa berjaya melepasi halangan pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 hari ini yang berlangsung di Stadium Titiwangsa.

Ling Ching yang berada di ranking ke 97 dunia mempamerkan kawalan gelanggang yang baik ketika berdepan pilihan ketujuh kejohanan, Chiu Pin Chan dari Taiwan.

Gadis kelahiran Sarawak ini memastikan slot pusingan kedua menjadi miliknya apabila melakar kemenangan 24-22, 21-16 dan bakal menentang satu lagi wakil Taiwan, Lee Yu Hsuan esok.

“Sebenarnya pada mulanya permainan saya tidak seperti yang mahukan, namun secara perlahan-lahan saya mula mendapat rentak dan berjaya menghabiskan perlawanan dengan kemenangan.

“Untuk esok, saya pernah menentang pemain Taiwan itu sebelum ini dan menang ke atasnya, jadi ia sedikit memberikan keyakinan buat saya untuk perlawanan esok,” jelas Ling Ching.

Wong Ling Ching tempah slot ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 (FOTO: AMIR KHALID)

Skrip sama turut ditampilkan K. Letshanaa yang berdepan dengan seorang lagi pemain Mesir, Nour Ahmed Youssri.

Letshanaa turun sebagai pilihan keenam kejohanan menunjukkan kualitinya sebagai antara pemain harapan negara apabila melakar kemenangan mudah, 21-7, 21-13 untuk membuat perhitungan dengan seorang lagi pemain Taiwan, Hung Yi Ting esok.

“Setiap perlawanan saya anggap penting, jadi saya berasa amat lega dan gembira dapat melepasi cabaran hari ini.

“Masih ada banyak perkara yang saya tak keluarkan di dalam gelanggang, tetapi saya akan berbincang dengan jurulatih saya mengenai pelan kami untuk perlawanan esok,” kata Letshanaa.

Letshanaa mendapat bimbingan daripada jurulatih negara, K Yogendran ketika bertarung di pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 hari ini. (FOTO: AMIR KHALID)

Bagaimanapun, rakan seperjuangan, Siti Nurshuhaini Azman yang berjaya melepasi pusingan kelayakan semalam tidak dapat meneruskan momentum kemenangan setelah tewas kepada pemain India, Mansi Singh hari ini.

Siti dilihat bergelut sebelum akur ditunjukkan jalan keluar dengan keputusan 11-21, 13-21.

Siti Nurshuhaini Azman
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya