Perlawanan kecoh, Argentina kejutkan Brazil

Perlawanan kecoh, Argentina kejutkan Brazil

POLIS Brazil berdepan dengan provokasi penyokong Argentina dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Maracana, Rio de Janeiro hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Argentina mengejutkan Brazil 1-0 dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026 meletakkan juara dunia lima kali itu di tangga keenam dalam kelompok Amerika Selatan awal pagi ini.

Argentina bangkit daripada kekalahan kepada Uruguay minggu lalu melalui jaringan lewat pada minit ke-63 daripada pemain pertahanan, Nicolas Otamendi untuk mengesahkan kemenangan.

Kemenangan di Stadium Maracana itu membolehkan Argentina mendahului saingan kumpulan berbekalkan 15 mata daripada enam perlawanan.

Perlawanan sebelum itu terjejas ekoran provokasi penyokong kedua-dua pasukan sehingga memaksa polis Brazil menggunakan belantan untuk menyuraikan penyokong Argentina.

Keadaan itu memaksa beberapa pemain Argentina campur tangan dengan memasuki ruang penonton dan penjaga gol Emi Martinez meminta polis untuk tidak menggunakan kekerasan.

Pemain Argentina yang ketuai Lionel Messi kemudian memasuki bilik persalinan ketika situasi dalam stadium masih belum reda dan dia turut mengatakan tidak akan bermain dan Argentina akan pulang.

Perlawanan itu bagaimanapun diteruskan, lewat 30 minit daripada jadual sebenar apabila juara Piala Dunia 2022 itu bersetuju untuk meneruskan permainan.

Nasib Brazil makin tidak keruan apabila pemain gantiannya, Joelinton yang baru beraksi selama 12 minit diarah keluar padang pada minit ke-82 selepas menerima kad merah selepas bergelut dengan De Paul. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya