NICE: Perancis mencatat kemenangan terbesar dalam kelayakan Kejohanan Eropah dengan membelasah Gibraltar yang beraksi 10 pemain 14-0 awal pagi dengan bintang sensasi mereka, Kylian Mbappe meledak hatrik.
Perancis mengatasi kejayaan Jerman membenam San Marino 13-0 pada tahun 2006 bagi kemenangan terbesar mereka dalam perlawanan bola sepak antarabangsa.
Keputusan itu juga kali pertama pasukan Eropah berjaya menjaringkan 14 gol pada kelayakan Piala Dunia atau Kejohanan Eropah.
Berikut merupakan keputusan lain dalam aksi kelayakan Euro 2024 yang berlangsung awal pagi tadi.
KUMPULAN B
Belanda 1 – 0 Republik Ireland
KUMPULAN D
Armenia 1 – 1 Wales
Latvia 0- 2 Croatia 2
KUMPULAN I
Belarus 1-0 Andorra
Switzerland 1-1 Kosovo
Israel 1 – 2 Romania