Penyokong buat hal lagi, bergaduh sampai cedera

Penyokong buat hal lagi, bergaduh sampai cedera

ANTARA penyokong yang mendapat rawatan akibat kecederaan di kepala
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dalam bulan ini sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga pergaduhan yang berlaku dalam sukan bola sepak, dengan yang terbaharu, melibatkan antara penyokong Selangor FC dan Perak PC yang bergaduh di luar stadium.

Lebih parah, perbalahan itu yang berlaku sebelum perlawanan turut menyebabkan ada antara mereka mengalami kecederaan di muka dan terdapat kenderaan dirosakkan oleh segelintir penyokong. 

Berdasarkan video dan gambar yang tersebar di media sosial, beberapa penyokong menerima rawatan di kepala akibat pergaduhan berkenaan malah penyokong Perak FC juga tidak dibenarkan keluar dari stadium bagi menjaga keselamatan semua.

Di Twitter, rata-rata penggunanya meluahkan kekesalan terhadap kejadian itu yang disifatkan mereka sangat memalukan ditambah pula dengan kedudukan Malaysia yang meningkat ke No.130 dunia baru-baru ini selepas memenangi dua perlawanan menewaskan Kyrgysztan dan Taiwan dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

“Ini gaduh bukan lepas perlawanan, sebelum perlawanan lagi. Budak-budak casual Perak ICF bantai (puku) penyokong Selangor FC,” kata Izat Danial.

“Yang main orang lain, yang sakit hati nak gaduh orang lain,” kata Amirul Asa.

“Cousin (sepupu) aku pun kena serang dengan budak-budak casual Perak sebelum match (perlawanan) semalam, dikejarnya sepupu aku tu habis baju dia koyak rabak memang perangai tak elok,” kata Farhan Amzar. 

“Dah nak masuk 2024 budaya ini ada lagi ya? Lepas pukul orang, rosakkan kereta orang apa yang kau dapat? Kome rasa kome paling besarlah ya,” kata @mdamirhzm.

Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan dari mangsa yang terlibat dalam pergaduhan di luar Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Dua  hari lalu, berlaku satu lagi pergaduhan dalam Liga Komuniti Isma B-16 di Shah Alam yang dicemari seorang bapa yang bertindak ganas dengan menendang pemain lawan yang didakwa mengasari anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya