Penutup musim 2023 yang cemerlang untuk Sarah

Penutup musim 2023 yang cemerlang untuk Sarah

NOR Sarah Adi wakil Universiti Putra Malaysia (kanan) memenangi pingat emas Kejohanan Varsiti Padang dan Balapan Grand Final (VTF) 2023 dalam acara lompat galah wanita. Berdiri di sebelahnya, Evelyn Tan Xie Yie daru Universiti Malaysia Sarawak yang memenangi pingat perak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ratu lompat galah negara, Nor Sarah Adi cemerlang meraih emas dalam Kejohanan Varsiti Padang dan Balapan Grand Final (VTF) 2023 pada hari pertama pertandingan yang berlangsung di Arena Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, hari ini.

Sarah, wakil Universiti Putra Malaysia (UPM) menjulang kemenangan selepas menewaskan Evelyne Tan Xie Yie dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), di mana mereka berdua berkongsi rekod lompatan yang sama, 3.10 meter (m).

Atlet berusia 23 tahun itu bagaimanapun diangkat sebagai juara ekoran pesaingnya melakukan banyak kegagalan dalam percubaan lompatan, sedangkan Sarah pula berjaya melakukannya seawal cubaan pertama.

Sarah menegaskan dia menyertai kejohanan itu tanpa sebarang sasaran spesifik dan hanya mahu membantu UPM menambah pingat menerusi empat acara yang disertainya dalam pertandingan selama tiga hari yang akan berakhir pada Ahad ini.

“Untuk lompat galah, saya tidak letak apa-apa sasaran atau kayu ukur, sebab sekarang fasa penutup musim. Saya pun baru saja kembali berlatih selepas pulang berehat dari Sukan Asia bulan lalu.

“Betul, keputusan saya dan Evelyn sama (3.10m) tetapi dia banyak percubaan yang batal. Sewaktu saya membuat lompatan 2.70m, kalau diikutkan ketika itu pun saya sudah No.1 sebab banyak percubaan saya berjaya.

“Saya juga buat lompatan untuk semua dan setiap ketinggian. Lompatan kali ini saya hanya buat 4 strides (4 langkah), saya gunakan galah pendek, bukan galah panjang.

“Saya berjaya buat 3.10m pada percubaan pertama, Evelyn pula pada percubaan ketiga. Jadi itu yang membezakan kedudukan pingat kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, acara lempar cakera dimenangi atlet Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Syafiqah Syazlinda Abdul Khalid yang meraih emas dengan catatan 21.6m, sementara atlet Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Athirah Nadhirah Ahmad Nazrul dan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Insyirah Ahmad Fadzli, masing-masing meraih perak dan gangsa.

Bagi acara merejam lembing platinum lelaki pula, atlet Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Amirun Hakim Fauzi cemerlang memperoleh emas dengan catatan 38.7m, sekaligus mengenepikan dua cabaran dari UKM, David Anak John Mernika dan Muhammad Shah Izmeer Zakri, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya