Peng Soon-Yee See mara ke pusingan kedua Master KL 2023

Peng Soon-Yee See tepati ramalan ke pusingan kedua Master KL 2023

Pemain beregu campuran profesional, Chan Peng Soon-Cheah Yee See menepati ramalan ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters KL 2023. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 selepas menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Kim Hyerin sebentar tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menyaksikan Peng Soon dan Yee See mudah melakar kemenangan dengan keputusan 21-16, 21-15 dalam tempoh 38 minit.

Bagi Peng Soon dan Yee See, kemenangan ini cukup bermakna memandangkan mereka baru sahaja tumpas kepada pasangan Korea Selatan itu ketika beraksi di Masters Indonesia minggu lalu.

“Di Indonesia, itu merupakan pertemuan pertama kami, jadi kami tidak biasa lagi. Untuk perlawanan hari ini, saya dan Yee See sudah membuat perbincangan taktikal yang berlainan untuk mengatasi mereka dan kami lega ia menjadi.

“Kemenangan ini amat penting kerana bukan sahaja kami dapat meneruskan perjalanan ke pusingan seterusnya, tetapi kami juga dapat semula keyakinan untuk mengharungi baki perlawanan selepas ini,” jelas Peng Soon.

Pilihan pertama kejohanan ini akan berdepan dengan pasangan Hong Kong, Lui Chun Wai-Fi Chi Yan di pusingan kedua esok.

Dalam masa yang sama, tuah terus mengiringi pemain perseorangan lelaki negara, Eogene Ewe apabila diberikan kemenangan percuma ke pusingan kedua selepas lawan, Soong Joo Ven menarik diri.

Semalam, Eogene berhempas pulas mengerah kudrat untuk mencipta kejutan mara ke pusingan pertama Masters KL selepas menumbangkan pemain berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tien Minh di pusingan kelayakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya