PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See menepati ramalan untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.
Peng Soon-Yee See yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan mudah mudah mengatasi lawan dari Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong pada set pertama dengan keputusan 21-9.
Bagaimanapun pasangan Thailand itu berjaya mengheret perlawanan ke set penentuan setelah menang di set kedua dengan keputusan 17-21.
Peng Soon-Yee See kembali bangkit memperkemaskan aksi mereka di set ketiga sekaligus mengesahkan kemenangan dengan keputusan 21-10 selepas bertarung selama 62 minit.