Penantian KLBA guna gelanggang baru akan berakhir

Penantian KLBA guna gelanggang baru akan berakhir

Presiden KLBA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Guangdong BA. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) dijangka akan dapat menggunakan gelanggang baru, Arena Badminton DBKL Cheras  selepas terpaksa menanti selama enam tahun.

Presiden KLBA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos menjelaskan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pihak pemaju, Mah Sing Group Sdn Bhd dan masih ada beberapa perkara perlu diperincikan sebelum serahan hak milik dapat diberikan kepada KLBA.

Arena Badminton DBKL Cheras dibina sebagai  ganti kepada Stadium badminton Kuala Lumpur yang dirobohkan oleh pemaju berkenaan pada 2017 bagi pembinaan kondominium mewah.

Projek bernilai RM 20 juta ini yang terletak di Taman Permata Cheras akan dilengkapkan dengan 10 gelanggang latihan, dewan serbaguna berkapasiti 450 orang, gimnasium, kafeteria, surau (bilik solat) dan tempat letak kenderaan yang luas.

“Insya-Allah barisan pemain boleh berpindah ke akademi berkenaan dalam tempoh dua bulan dari sekarang. 

“Selesai saja segala perbincangan dan rundingan dengan DBKL kita akan boleh anjurkan lebih banyak acara di sana.

“Dengan adanya akademi berkenaan banyak perkara yang boleh dilakukan bukan saja menganjurkan pertandingan badminton malah pembangunan akar umbi juga dapat dijalankan termasuklah memperluaskan program jejak juara,” jelas Jahaberdeen.

Dia ditemui ketika sidang media menandatangani memorandum persefahaman (MoU) selama dua tahun bersama Guangdong BA di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi kerjasama ini, KLBA berpeluang untuk menghantar para pemainnya berguru di China dan dalam masa yang sama menerima pemain dari kelab berkenaan yang ingin mengadakan sesi latihan d Malaysia.

Tahun lalu, KLBS turut menjalin kerjasama dengan sebuha kelab badminton dari Thailand, Banthongyord yang pernah melahirkan juara dunia seperti Kunlavut Vitidsarn dan Ratchanok Intanon.  

“Saya harap kerjasama ini dapat mempertingkatkan mutu permainan dari segi kepantasan, skil dan mental. 

“Saya mahu pemain kita belajar sesuatu dari mereka di Guangdong BA terutama cara mengendalikan kekuatan mental kerana Guangdong cukup dikenali menghasilkan pemain bertaraf dunia seperti Fu Hai Feng,” tambah Jahaberdeen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya