Ooi Tze rangkul pingat emas Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia

Ooi Tze rangkul pingat emas Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia

Ooi Tze Liang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerjun kebangsaan, Ooi Tze Liang cemerlang membuka tirai Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia dengan kemenangan emas sulung, dalam aksi hari pertama yang berlangsung di Pusat Akuatik Bukit Jalil, hari ini

Atlet berusia 30 tahun itu mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal lelaki dengan pungutan mata 418.80 mata meletakkan pesaing terdekatnya Vyacheslav Kachanov dari Uzbekistan, di tempat kedua (379.05 mata). 

Selain Tze Liang, seorang lagi penerjun muda, Yong Rui Jie turut berjaya menempatkan diri di podium dengan pungutan mata 368.15 mata yang menghadiahkannya pingat gangsa. 

Tze Liang yang baru saja memenangi pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal seirama bersama pasangannya, Syafiq Puteh dalam Sukan Asia Hangzhou bulan lalu, bagaimanapun tidak mengambil waktu ini untuk berehat malah sebaliknya mengambil tanggungjawab menyertai kejohanan ini kerana menyedari kedudukannya sebagai atlet senior walaupun rakannya yang lain sedang menjalani rawatan pemulihan.

“Kalau ada peluang (bertanding), kita ambil. Saya sebagai teraju utama dalam skuad terjun kebangsaan, jadi (saya perlu bertanding). Gabriel (atlet muda) cedera, Syafiq ada hal peribadi, jadi saya sebagai senior perlu buat sesuatulah,” katanya.

Mengulas mengenai perancangannya untuk musim depan, Tze Liang menegaskan dia masih belum membuat apa-apa persiapan bagi menghadapi Kejohanan Terjun Dunia pada Februari 2024.

Bagaimanapun, dia memberi jaminan keadaan fizikalnya berada dalam keadaan baik dan bersiap sedia untuk mengumpul mata ke kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris menerusi kejohanan itu nanti bagi acara individu 3m papan anjal.

“Dalam kejohanan itu, saya perlu dapatkan kedudukan dalam 18 terbaik untuk layak ke separuh akhir. Selepas itu sudah boleh layak secara merit ke Olimpik,” katanya.

Sementara itu bagi acara 10m platform wanita pula, atlet muda Sarawak, Nurul Farisya Affendi membuat kejutan dengan memenangi emas (212.15 mata) selepas menewaskan atlet negara, Lee Yiat Qing (197.30 mata).

Farisya berkata kejayaan itu hadir tanpa dijangka memandangkan dia baru berumur 14 tahun dan pingat itu telah menyuntik semangatnya untuk meraih emas dalam Sukan Malaysia tahun hadapan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya