Moto2: Azroy simpan impian kejar kelompok 15 terbaik

Moto2: Azroy simpan impian kejar kelompok 15 terbaik

AZROY Hakeem sewaktu beraksi pada sesi kelayakan Moto2 Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, Sepang, hari ini. - FOTO: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba wild card (jemputan) negara, Azroy Hakeem Anuar melengkapkan aksinya pada sesi kelayakan di tangga ke-29 dalam kelas Moto2 pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dekat sini, hari ini.

Meskipun, pengalamannya cetek mengendalikan jentera Moto2, namun, Azroy berkata, dia semakin selesa memacu jentera kelas tersebut dan berjaya memperbaiki catatan masanya pada sesi kelayakan tadi.

Pelumba Petronas MIE Racing RW itu berjaya mencatat masa dua minit 08.183 saat (s) dan sekali gus memperbaiki lakaran masa yang dilakukannya pada tahun lalu iaitu 2:08.738s.

Azroy yang kini bersaing dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) amat berharap dia dapat membaiki prestasinya untuk melepasi kelompok 25 pelumba terbaik.

“Bagi saya untuk berjuang bagi mendapatkan mata agak sukar kerana ia memang sukar digapai, tetapi untuk berada dalam kelompok 25 terbaik tidak mustahil.

“Apa yang penting saya dapat tingkatkan prestasi saya di Sepang sedikit demi sedikit pun sudah cukup baik. Perlumbaan juga panjang dan apa sahaja boleh terjadi,” katanya.

Namun, jauh di sudut hati Azroy, dia juga menyimpan hasrat untuk berada dalam kelompok 15 terbaik, walaupun sedar misinya itu sukar.

“Jika ada peluang, saya akan cuba untuk tembus kelompok 15 terbaik, tetapi, jika hujan saya yakin keputusan mungkin akan berubah atau saya mampu berusaha untuk kutip mata di tempat ke-15,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pelumba wild card, Helmi Azman berada di kedudukan ke-31 dengan catatan masa 2:10.112s. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya