MOM dan PJS akan dipertemukan untuk perdamaian

MOM dan PJS akan dipertemukan untuk perdamaian

SUHARDI ALIAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perselisihan yang berlaku antara Pesuruhjaya Sukan (PJS) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berkemungkinan akan reda apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal mengatur pertemuan antara mereka dalam masa terdekat. 

Perkara itu disahkan sendiri Pejabat PJS dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook, platform X (dahulunya Twitter) dan Instagram, pagi tadi. 

Pejabat PJS menyatakan kekesalan atas kenyataan-kenyataan susulan yang telah dikeluarkan berkaitan isu salah faham yang berlaku dengan MOM baru-baru ini. 

“Justeru, satu perjumpaan akan diaturkan antara KBS dan KOM dalam jangka masa terdekat untuk menjelaskan konteks sebenar perkara ini.

“KBS yakin bahawa dengan sesi perjumpaan ini, semua pihak akan mendapat pencerahan dan salah faham ini dapat diselesaikan secara baik,” lapor kenyataan itu. 

Semalam, konflik antara kedua-dua badan ini mencapai kemuncak apabila Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib mengeluarkan kenyataan yang menuntut Menteri KBS, Hannah Yeoh agar campur tangan memandangkan PJS, Suhardi Alias enggan memohon maaf susulan audio yang tular di aplikasi WhatsApp, sebelum ini. 

Tegasnya, Suhardi juga sudah melampaui batas kerana turut menyentuh pencapaian dan prestasi atlet kebangsaan yang bukan berada dalam bidang kuasanya. 

“Suhardi bukan sahaja enggan memohon maaf atas kata-kata beliau yang menyamakan MOM dengan Kerajaan Israel tetapi juga menyentuh pencapaian dan prestasi atlet di bawah naungan kami, sedangkan bidang kuasa PJS terhad kepada perundangan berkaitan pendaftaran dan pembatalan atau penggantungan badan sukan yang berdaftar di bawah Akta 576.

“Keengganan Suhardi ini memberi isyarat bahawa beliau sudah memukul gendang perang dengan MOM dan ahli gabungan kami,” kata Nazifuddin.

Terdahulu, Suhardi Alias telah mengancam mahu membubarkan badan induk itu dalam satu pertemuan dengan dua badan e-sukan, Persatuan Tadbir Urus Sukan Elektronik Malaysia (MEGA) dan Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) pada 14 November lalu.

Menerusi klip audio berdurasi satu minit 20 saat yang tular di aplikasi Whatsapp, Suhardi telah menyamakan MOM dengan Israel kerana tidak berpuas hati dengan isu pendaftaran dan keahilian antarabangsa membabitkan dua pertubuhan e-sukan tersebut.

Justeru Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya, termasuk mengemukakan bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya