Marquez menjuarai acara sprint GP Malaysia

Marquez menjuarai acara sprint yang kali pertama dianjurkan di GP Malaysia

Pelumba Gresini Racing MotoGP, Alex Marquez meraikan kemenangan pada Perlumbaan Sprint Grand Prix Malaysia, di Litar Antarabangsa Sepang, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pelumba Sepanyol, Alex Marquez menjuarai acara sprint yang kali pertama di pertandingkan pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dekat sini, hari ini.

Pelumba Gresini Racing MotoGP itu mencatat masa terpantas 19 minit 58.713 saat (s) setelah melengkapkan 10 pusingan pada perlumbaan tersebut dan mengutip 12 mata berharga.

Naib juara yang membawa pulang sembilan mata menjadi milik, Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing yang melakar 19:60.302s.

Marquez ketika ditemu bual selepas perlumbaan tamat berkata, dia sememangnya meletakkan sasaran untuk menjuarai acara sprint, hari ini.

“Saya gembira sasaran itu berjaya saya lunaskan dan esok, saya berasakan peluang saya untuk menang dalam perlumbaan sebenar semakin cerah kerana jentera saya berada pada prestasi terbaik,” katanya.

Dapat bersaing dengan pelumba-pelumba hebat seperti Bagnaia dan Martin, menurut Marquez, telah banyak membantunya beraksi lebih konsisten.

Sementara itu, pendahulu dalam senarai pelumba Motogp, Francesco Bagnaia menamatkan saingan ditempat ketiga menerusi catatan masa 19:61.747s dan penunggang Itali itu mengutip tujuh mata.

Tempat kelima serta keenam pula menjadi milik Enea Bastianini (19:60.955s) juga dari pasukan Ducati Lenovo Team dan penunggang Red Bull KTM Factory Racing, Brad Binder (19:62.023s).

Bastianini dari Itali mengutip enam mata, sementara, pelumba Afrika Selatan, Binder meraih lima mata.

Kutipan mata yang diraih dalam acara sprint yang hanya dipertandingkan untuk kategori utama, Motogp turut dimasukkan ke dalam jumlah pungutan mata keseluruhan.

Ini bermakna, acara sprint berpotensi membantu Martin mengejar kedudukan Bagnaia selaku pendahulu Kejuaraan Dunia yang telahpun mengumpul 389 mata.

Dengan tambahan tujuh mata yang diraih penyandang juara dunia itu, hari ini, bermakna Bagnaia, 26, kini mencatat 396 mata keseluruhan, manakala, Martin yang berada di tangga kedua mengumpul 385 mata setelah menokok sembilan mata selaku naib juara sprint.

Jika sebelum ini, jurang mata kedua-dua pelumba itu dipisahkan dengan 13 mata, tetapi selepas perlumbaan sprint berakhir, Martin kini semakin merapatkan jurang kepada 11 mata.

Pertarungan dua penjuru antara Bagnaia dan Martin dijangka berlanjutan sehingga ke pusingan terakhir di Valencia yang menjadi perlumbaan penutup musim pada 26 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya