Malaysia pertaruh tiga wakil di final Masters KL 2023

Malaysia pertaruh tiga wakil di final Masters KL 2023

LEONG Jun Hao menewaskan pemain tuan rumah, Kodai Naraoka 21-17, 9-21, 21-16 pada perlawanan suku akhir Kumamoto Masters 2024 di Gimnasium Wilayah Kumamoto, Jepun, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petanda positif buat Malaysia yang menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023 apabila mempunyai tiga wakil yang akan turun berentap di pentas final esok.

Aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini menyaksikan kem negara mempertaruhkan sembilan wakil, namun hanya tiga yang lolos ke final terdiri daripada beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee, beregu lelaki, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong serta perseorangan lelaki, Leong Jun Hao.

Peng Soon-Yee yang mendapat kelebihan cuti sehari selepas diberikan kemenangan percuma di peringkat suku akhir berjaya menumbangkan pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun dengan keputusan 21-10, 22-20.

Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee menepati ramalan sebagai pilihan pertama kejohanan untuk mara ke pentas final Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023. (FOTO: AMIR KHALID)

Mereka bakal berdepan dengan pasangan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong yang menyingkirkan pasangan muda negara, Choong Hon Jian-Go Pei Kee 17-21, 17-21.

“Memang ketika set kedua kami terlalu tergesa-gesa kerana kami sudah menang set pertama. Hati kami jadi tak tenteram tetapi apa pun kami sangat gembira kerana dapat melayakkan diri ke perlawanan akhir esok,” kata Peng Soon.

Selepas itu, kem Malaysia menambah satu lagi wakil ke pentas final apabila pilihan ketiga kejohanan, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong menampilkan aksi memberangsangkan ketika berdepan pasangan Korea Selatan, Kim Yong Hyuk-Wang Chan dengan kemenangan 21-16, 19-21, 21-15.

Beregu lelaki negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheog meraikan kemenangan mereka selepas mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Master Kuala Lumpur 2023. (FOTO: AMIR KHALID)

Hang Yee-Ng Cheong kini dalam pemburuan kejuaraan kelima mereka akan menentang Chen Cheng Kuan-Chen Sheng Fa dari Taiwan yang telah menumpaskan pasangan Malaysia, Tan Wee Kiong-Nur Azriyn Ayub dengan keputusan 21-15, 15-21, 15-21 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Melengkapkan hari gemilang Malaysia adalah sandaran utama acara perseorangan lelaki, Leong Jun Hao. Anak jati Kuala Lumpur ini berada dalam kelas tersendiri untuk menewaskan pemain meningkat naik, Choi Ji Hoon dari Korea Selatan dengan keputusan 21-17, 21-16.

“Saya rasa gembira, dan esok pula adalah perlawanan terakhir jadi sudah pasti saya akan meneruskan aksi terbaik saya di sini,” jelas Jun Hao.

Hasrat untuk menyaksikan pertemuan sesama Malaysia di pentas akhir esok tidak kesampaian apabila Aidil Sholeh Ali Sadikin gagal menyaingi kehebatan pilihan pertama kejohanan, Lee Chia Hao apabila tumpas 15-21, 22-22.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya