Lupakan sejarah, Harimau Malaya mahu buru tiga mata

Lupakan sejarah, Harimau Malaya mahu buru tiga mata

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon mahu melupakan sejarah lama dan fokus memahat sejarah baharu dalam aksi pertemuan menentang Taiwan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 esok.

Pan Gon berkata, sejarah lama merupakan perkara yang sudah berlalu dan dia kini fokus untuk membawa Harimau Malaya ke arah lebih baik dengan sasaran utama membawa pulang tiga mata berharga dalam pertemuan esok.

“Apa yang saya tahu, rekod Harimau Malaya di sini tidak begitu baik. Tetapi, sejarah adalah sejarah tetapi kami kini memiliki pasukan baharu, jurulatih baharu dan perlawanan yang baharu. Jadi, kita akan fokus kepada perlawanan esok.

“Kami hormat Taiwan, tetapi ini adalah masa untuk kami cipta sejarah baharu kerana kami mempunyai impian untuk layak ke pusingan ketiga jadi esok kami perlu berjuang untuk mendapatkan tiga mata,” kata Pan Gon dalam sidang akhbar pra perlawanan hari ini.

Dalam perlawanan pertama Khamis lalu, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 4-3 manakala, Taiwan pula tumbang 3-0 kepada Oman dan perlawanan kedua ini menyaksikan misi berbeza buat kedua-dua pasukan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya