PARIS: Liverpool tewas mengejut 3-2 kepada Toulouse dalam aksi Liga Europa awal pagi tadi ketika Luiz Dias bermula dalam kesebelasan utama selepas beberapa jam bapanya dibebaskan.
Gol Toulouse hadir menerusi Aron Donnum, Thijs Dallinga dan Frank Magri, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada Liverpool dalam kempen Liga Europa musim ini.
Bagaimanapun, perlawanan itu berakhir dengan kontroversi apabila pembabitan VAR menyaksikan gol penyamaan jaringan Jarell Quansah pada masa kecederaan dibatalkan.
“Kami berhak kalah kerana mereka memenangi banyak perebutan bola,” kata bos Liverpool, Jurgen Klopp ketika pasukannya terlepas peluang melayakkan diri ke pusingan kalah mati lebih awal.
Toulouse kini mengumpul tujuh mata, dua mata di belakang kelab The Reds dan tiga di depan pasukan tangga ketiga, St Gilloise dalam Kumpulan E. –AGENSI