Liga Suparimau dicemari pergaduhan

Liga Suparimau dicemari pergaduhan

INSIDEN pergaduhan membabitkan pasukan Akademik MZ dan FCKL Eagles dalam Liga Superimau pada Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Suparimau yang berlangsung pada Ahad lalu dicemari insiden pergaduhan membabitkan pasukan Akademik MZ dan FCKL Eagles yang bersaing dalam kategori Tigers bawah 16 (B-16 ) tahun.

Dalam kejadian di padang New Camp, Damansara itu seolah-olah mencerminkan ketidakmatangan dan tiada semangat kesunakan kerana ia melibatkam campurkan penonton termasuk dalam kalangan ibu baoa sendiri.

Menerusi video yang tular di laman Facebook Afif Aizad Azman dan media sosial X ‘Pemerhati Pengadil’, pergaduhan itu kelihatan tegang dan bertambah parah apabila turut melibatkan pihak pengurusan dan waris kedua-dua pasukan sehingga mendatangkan kecederaan.

Afif Aizad yang juga bekas pemain bola sepak profesional Liga Malaysia satu ketika dulu berkata, dia berharap tindakan tegas dikenakan kepada mereka yang terlibat dalam pergaduhan itu.

“Abang harap ibu bapa, jurulatih dan pemain terlibat dilarang beraksi dalam mana-mana peringkat atau pertandingan akar umbi bola sepak.

“Ibu bapa terutama sekali perlu lebih mengawal emosi dan memupuk dan menyokong semangat bermain kepada anak-anak dan bukan menjadi pendorong melakukan kekasaran,” katanya di Facebook.

Sementara itu, di bahagian komen, orang ramai berpendapat, mana-mana individu yang terlibat dalam pergaduhan program pembangunan akar umbi itu seperti mempunyai masalah mentaliti.

“Saja nak beritahu, hari itu anak saya main kejohanan bawah (kategori) lapan tahun, pasukan anak saya tak hebat. Tapi itu tak bermakna ibu bapa boleh kutuk dan ejek kanak-kanak kecil. Umur lapan tahun kot, ini bermakna walaupun tahun 2023, tapi pemikiran ibu masih belum bagus,” kata Adzriefaiz Adzlan.

“Inilah perbezaan antara program pembangunan di Malaysia dan Jepun. Di Malaysia ibu bapa berdiri di tepi padang sambil memberi sokongan kepada anak masing-masing dan maki hamun pengadil. Di Jepun ibu bapa akan duduk sambil tengok anak-anak bermain dan memberi sokongan padu,” kata Ahmad Azanor Huslan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya