Lee Zii Jia tarik diri Masters Korea

Lee Zii Jia tarik diri dari Masters Korea

Lee Zii Jia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia sah tidak akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Masters Korea Selatan yang bakal membuka tirai esok di Gwangju, Korea Selatan.

Perkara itu dimaklumkan Zii Jia menerusi pengurusannya, Team LZJ di laman media sosial, X hari ini.

Atas kertas, ZIi Jia diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan, di belakang pemain Taiwan, Chou Tien Chen, namun dia tidak dapat meneruskannya setelah mendapat saranan daripada pihak perubatan.

Terdahulu, seorang lagi pemain negara, Ng Tze Yong turut mengundurkan diri atas sebab yang sama setelah mengharungi jadual yang pada bulan lalu.

“Selepas mendapat saranan daripada pihak doktor dan pakar fizikal, Team LZJ bersetuju bahawa adalah lebih baik Lee Zii Jia untuk berehat sebelum kembal beraksi semula.

“Tiada apa yang serius untuk dirisaukan, terima kasih untuk segala ucapan dan semoga kita berjumpa lagi lain kali,” jelas pihak Team LZJ.

Ketiadaan Zii Jia dan Tze Yong akan digalas oleh tiga lagi wakil negara dalam acara itu, antaranya Cheam Jun Wei, Soong Joo Ven serta juara Masters Kuala Lumpur 2023, Leong Jun Hao. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya