PETALING JAYA: Skuad hoki wanita perlu mengelak daripada menjadi pasukan belasahan selepas diundi dengan beberapa pasukan hebat menjelang aksi Kelayakan Olimpik di Valencia pada 13 hingga 24 Januari 2024.
Menerusi undian yang dijalankan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia diundi bersama-sama Belgium (No. 4 Dunia) , Great Britain, Sepanyol (No. 8 Dunia), Korea Selatan, Ireland, Kanada dan Ukraine.
Lapan lagi pasukan wanita yang akan berentap di Ranchi, India pula seperti tuan rumah, Jerman, New Zealand, Jepun, Chile, Amerika Syarikat, Itali dan Republik Czech.
Hanya tiga pasukan terbaik sahaja dari setiap zon kelayakan akan layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Terdahulu, skuad hoki wanita negara layak beraksi di pusingan kelayakan ini setelah menamatkan kempen Sukan Asia Hangzhou 2022 di tempat kelima, di belakang Korea Selatan, India dan Jepun.
Tuan Rumah, China telah pun menyertai lima negara iaitu, Afrika Selatan, Australia, Perancis, Argentina dan Belanda layak secara automatik ke Paris setelah meraih pingat emas di temasya sukan itu.