KLBA mahu terus anjurkan Masters KL

KLBA mahu terus anjurkan Masters KL

Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA) berminat untuk terus menjadi penganjur bagi kejohanan Masters Kuala Lumpur (KL) seandainya diberikan peluang sekali lagi oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun hadapan.

Presiden KLBA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos menjelaskan ini adalah kali pertama pihaknya menganjurkan kejohanan antarabangsa selepas diberikan mandat tesebut oleh BAM.

Kejohanan Master KL 2023 merupakan kejohanan bertaraf Super 100 yang diadakan buat julung kalinya di Malaysia, menjadikan negara ini mempunyai tiga kejohanan berprestij di bawah kalendar Jelajah Dunia Persatuan Badminton Dunia (BWF) selepas Terbuka Malaysia (Super 1000) dan Masters Malaysia (Super 500).

Sebagai penganjur, KLBA perlu menampung kos-kos penganjuran antaranya venue dan lojistik, manakala hadiah kemenangan keseluruhan berjumlah AS$ 100,000 (RM 466,650) adalah dana daripada BWF.

Edisi pertama Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur yang berlangsung pada 31 Oktober hingga 5 November lalu di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur – (FOTO: AMIR KHALID)

“Bagi kami, ini adalah pengalaman yang mengujakan dan dalam masa yang sama, sangat mencabar untuk menganjurkan kejohanan ini.

“BWF akan memberikan hak penganjuran kejohanan ini kepada BAM, memandangkan mereka adalah badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan. Kemudian BAM akan tawarkan kepada persatuan negeri yang berminat untuk membida bagi menganjurkannya, dan kali ini KLBA yang dapat.

“Saya akui pada mulanya kami agak takut sikit kerana faktor kos dan sebagainya, tetapi kami sudah mendapat pengalaman dan tahu bagaimana untuk mengharunginya dan idea-idea baru untuk penganjuran pada tahun hadapan,” jelas Jahaberdeen.

Antara perancangan yang mahu dilaksanakan KLBA sekiranya persatuan ini diberikan kepercayaan untuk menganjurkan kejohanan ini pada tahun hadapan adalah tarikh kejohanan yang lebih bersesuaian yang tidak bertembung dengan kejohanan lain agar dapat menarik lebih ramai pemain ternama menyertai saingan ini.

“Kali ini ada Terbuka Hylo di Jerman, jadi waktu juga memainkan peranan untuk menarik penyertaan pemain-pemain terbaik dunia. Jadi tahun hadapan kami akan melihat balik waktu yang sesuai selain venue lain yang lebih bersesuaian.

“Stadium Titiwangsa ini bagus, cuma lokasinya kurang baik, jadi semua ini akan kami pertimbangkan selepas mesyuarat bedah siasat dilakukan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya