PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menceriakan kem Malaysia apabila mencipta kejutan menewaskan pilihan keenam kejohanan, Kim Wan Ho-Jeong Na Eun di pusingan kedua Masters Kumamoto, Jepun sebentar tadi.
Kian Meng-Pei Jing memerlukan masa 36 minit untuk menempah tempat ke suku akhir selepas melakar kemenangan 21-14, 21-17 ke atas pasangan No. 7 Dunia itu.
Kemenangan ini turut membalas kembali kekecewaan Kian Meng-Pei Jing yang tewas kepada pasangan Korea Selatan ini ketika aksi pusingan pertama di Terbuka Singapura Jun lalu.
Esok pasangan negara ini bakal berdepan gandingan Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino yang juga pilihan kedua kejohanan.
Dalam satu lagi perlawanan membabitkan pertemuan sesama Malaysia, pasangan muda meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lebih ampuh ketika menentang Shevon Lai-Goh Soon Huat.
Mereka bertarung selama 56 minit sebelum slot suku akhir berpihak kepada Tang Jie-Ee Wei dengan keputsan 16-21, 21-13, 21-13.
Mereka kini terpaksa menanti pemenang di antara Zheng Si Wei-Hua Ya Qiong dan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito untuk mengetahui lawan yang akan ditentang esok di peringkat suku akhir.