Kelantan United, Jose Porteria berpisah

Kelantan United, Jose Porteria berpisah

JOSE PORTERIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan United FC secara rasminya hari ini mengumumkan perpisahan dengan penyerang import mereka dari Filipina iaitu Jose Porteria selepas mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak lebih awal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd. Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata, penyerang kebangsaan Filipina dilaporkan telah mendapat tawaran lebih baik bersama kelab lain.

“Kita telah mencapai persetujuan bersama dan penamatan kontrak pemain berusia 29 tahun itu akan berkuat kuasa serta merta. Beliau akan menyertai kelab baharu demi masa depan lebih cerah dalam karier bola sepak.

“Pihak pengurusan dan seluruh warga Kelantan United mengucapkan terima kasih atas sumbangan besar dan dedikasi beliau kepada kelab serta pasukan dan selamat maju jaya bersama pasukan baharu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Porteria yang menyertai Kelantan United pada awal musim ini telah membuat sebanyak 25 penampilan bersama Sang Kijang Hijau.

Sepanjang penampilan itu Porteria telah merekodkan tujuh jaringan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya