Kawasaki Frontale ratah JDT 5-0

Kawasaki Frontale ratah JDT 5-0

AKSI JDT menentang Kawasasi Frontale dalam saingan Liga Juara-Juara Asia di Stadium Todoroki, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) tumpas 0-5 kepada Kawasaki Frontale  dalam aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang berlangsung hari ini.

Dalam aksi di Stadium Todoroki itu, tuan rumah berada dihadapan seawal minit ke-8 menerusi Akihiro Ienaga yang mudah menolak masuk hantaran pendek rakan sepasukan.

Skuad Harimau Selatan memiliki beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan, namun percubaan Bergson Da Silva dan Oscar Arribas dinafikan oleh penjaga gol Kawasaki, Jung Sung-ryung.

Keputusan 1-0 kekal sehingga babak pertama berakhir dan bersambung separuh masa kedua, Kawasaki menambah dua gol dalam masa 10 minit menerusi Leandro Damiao (m-50) dan Marcinho (m-60).

Pada minit ke-69, Kawasaki terus sukar dihalang apabila mereka meraih gol keempat menerusi pemain gantian, Yu Kobayashi, sekali gus menewaskan Ahmad Syihan Hazmi buat kali keempat.

Miki Yamane melengkapkan malam gemilang Kawasaki untuk gol kelima pada minit ke-88, sekali gus mengukuhkan kedudukan anak didik Toru Oniki dalam Kumpulan I.

Kawasaki kini memimpin carta Kumpulan l dengan 15 mata selepas 5 perlawanan disusuli dengan Ulsan Hyundai yang melakar kemenangan 3-1 ke atas BG Pathum United.

Kekalahan itu semakin menutup peluang untuk skuad Harimau Selatan untuk mara ke peringkat seterusnya dan selepas ini, mereka akan berdepan BG Panthum dalam aksi terakhir kumpulan- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya