June Wei tangguh hasrat berlatih dengan Axelsen

June Wei tangguh hasrat berlatih dengan Axelsen

Pemain profesional negara, Cheam Jun Wei tumpas kepada pemain Singapura, Jason Teh dengan keputusan 8-21, 10-21 di pusingan pertama Kejohanan Masters KL 2023. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Cheam Jun Wei terpaksa menangguhkan hasratnya untuk berlatih dengan jaguh dunia, Viktor Axelsen di Dubai selepas mengalami masalah penajaan.

Mengikut perancangan asal, June Wei sepatutnya berlepas ke Dubai menyertai beberapa pemain profesional lain untuk berlatih dengan Axelsen selepas tamat kempen Sukan Asia Hangzhou bulan lalu, namun dia terpaksa membatalkannya pada saat akhir setelah penaja sebelum ini tidak lagi berhasrat menyambung kontraknya yang tamat sejak Mei lalu.

Sejak dari itu, June Wei banyak mengeluarkan duit poketnya sendiri untuk membiayai kos penyertaan ke saingan antarabangsa, dan situasi ini turut mengganggu tumpuannya untuk beraksi dengan lebih baik. 

“Saya sepatutnya memperbaharui kontrak dengan pihak penaja pada Mei lalu, namun mereka menjelaskan enggan menaja saya selepas tamat setahun bekerjasama. Viktor (Axelsen) sudah mempelawa saya, malah tiket penerbangan dan penginapan juga saya telah uruskan namun semua itu terpaksa dibatalkan setelah saya kehilangan penaja. 

Cheam June Wei ketika dijemput berlatih bersama Viktor Axelsen di Dubai: (FOTO: Instagram kallekoljonen94)

“Mujur (Ong) Ewe Hock sudi mendengar masalah saya dan mahu menjadikan saya sebagai anak muridnya yang terbaru di Kelab Badminton Serdang. Dia juga sedang cuba untuk mendapatkan tajaan baru untuk saya,” jelas Jun We yang baru dua minggu berlatih di bawa legenda negara itu.

Bagaimanapun ia belum cukup buat June Wei apabila dia tewas di pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur (KL) 2023 semalam di tangan pemain Singapura, Jason Teh dengan keputusan 8-21, 10-21 selepas bergelut dengan kecederaan di kaki kanan.

Kekalahan serta kecederaan yang dialaminya ini turut menandakan bahawa musim 2023 sudah berakhir buat June Wei, sekaligus peluang untuk memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024 terpadam.

“Saya boleh katakan peluang saya (ke Sukan Olimpik) sudah tertutup, kerana berdepan banyak masalah di luar gelanggang.

“Saya perlu berehat kerana saya sendiri tidak pasti bila saya mendapat kecederaan ini, yang saya tahu, saya tidak berasa selesa dengan keadaan kaki saya. Saya dinasihatkan untuk berehat dan membuat rawatan bagi mengelakkan kecederaan ini menjadi serius, jadi saya tidak akan menarik diri dari Kejohanan Masters Korea Selatan minggu hadapan,” tambahnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya