Jerman juara Piala Sultan Johor (SOJC) 2023

Jerman juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023

Pemain Germany Peer Hinrichs mengawal bola dari dirampas pemain Australia perlawanan akhir kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Johor Bahru disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pasukan Jerman muncul juara Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 di Stadium Hoki Taman Daya, di sini selepas menewaskan Australia 3-1 menerusi penentuan penalti setelah permainan berakhir tanpa Jaringan.

Kemenangan itu membolehkan Jerman mengekalkan rekod 100 peratus apabila muncul juara buat kali kedua dalam dua penampilan, setelah menjadi juara pada 2012.

Penjaga gol Joshua Onyekwue Nnaji muncul wira pasukan apabila menafikan tiga pukul penalti Australia yang diambil Cooper Burns, Liam Henderson dan Nathan Czinner dan menghadiahkan kemenangan buat Jerman.

Pada separuh masa pertama perlawanan akhir itu, tidak banyak aksi dapat diperkatakan setelah kedua-dua pasukan tampak berhati-hati melancarkan serangan ke kubu lawan masing-masing.

Kedua-dua pasukan yang bertemu dalam aksi Kumpulan A yang berkesudahan 2-2 tampak memahami corak permainan dan kekuatan lawan cuba sebaik mungkin melakukan kesilapan mudah.

Jerman yang garang membelasah India 6-3 pada aksi separuh akhir dilihat sukar untuk menembusi benteng pertahanan pasukan Australia yang bijak menutup ruang buat skuad bimbingan Rein Van Eijk membuat larian.

Jerman memperoleh gol pada ke-21 hasil jaringan Florian Sperling namun dibatalkan pengadil perlawanan setelah berlaku kekasaran dalam kotak penalti.

Pada perlawanan itu, Australia memperoleh tiga pukulan sudut penalti manakala Jerman mendapat dua namun tidak ada yang dapat disudahkan dengan baik.

Pada penghujung suku keempat, perlawanan menjadi snakin hangat setelah kedua-dua pasukan gigih memburu gol tunggal namun tidak berjaya menembusi benteng pertahanan lawan.

Sementara itu, juara musim lalu, India menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas menewaskan musuh tradisi, Pakistan 6-5 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam masa permainan sebenar.

India yang juga juara Remaja Asia membuka jaringan pada minit ke-11  menerusi gol padang Sahani Arun sebelum Pakistan menyamakan kedudukan pada minit ke-33 menerusi jaringan pukul sudut penalti yang disudahkan Sufyan Khan.

India dan Pakistan saling berbalas jaringan dengan gol pasukan India dijaringkan oleh Poovana Chandura Boby dan Uttam Singh manakala gol bagi anak didik Roelant Oltmans dihasilkan Abdul Qayyum dan Hannan Shahid sebelum perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Sementara itu, juara tiga kali SOJC, Great Britain hanya mampu menamatkan saingan SOJC di tempat kelima selepas menewaskan New Zealand 5-3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya