Jadikan bekas pemain sebagai jurulatih bola sepak di sekolah

Jadikan bekas pemain sebagai jurulatih bola sepak di sekolah

AHLI Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya ketika berucap di Dewan Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan agar bekas pemain bola sepak yang bermain lebih 50 kali untuk Malaysia dan mempunyai sijil kejurulatihan menjadi jurulatih di peringkat sekolah.

Mohd Hisamudin yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, cadangan itu merupakan antara perkara yang dibangkitkan oleh bekas-bekas pemain bola sepak kebangsaan dalam pertemuan dengan FAM baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam perbincangan bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bekas-bekas pemain menyatakan kesediaan untuk menjadi jurulatih bolasepak di sekolah-sekolah yang berada dalam jarak lima kilometer dari rumah kediaman masing-masing.

“Cadangan ini telah diutarakan oleh Datuk Santokh Singh dalam pertemuan tersebut. Tujuan utama cadangan ini adalah untuk memastikan pelajar-pelajar di sekolah dapat belajar teknik dan cara yang betul dalam permainan bidang bola sepak.

“Perkara ini berbangkit susulan daripada maklum balas dan rungutan sesetengah ibu bapa, bahawa guru yang mengajar sukan bola sepak adalah tidak tahu teknik asas bermain bola sepak.

“Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan supaya bekas-bekas pemain bola sepak yang pernah mewakili negara sebanyak 50 kali dan mempunyai sijil kejurulatihan, boleh diberikan elaun RM2000 sebulan untuk mengajar di peringkat sekolah rendah atau menengah,” katanya ketika berucap di Dewan Negara hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Hisamudin berharap agar cadangan berkenaan dapat diterima baik oleh kerajaan dan bola sepak boleh dijadikan projek rintis untuk skim ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya