Hendrawan nafi letak jawatan dan tinggalkan BAM

Hendrawan nafi letak jawatan dan tinggalkan BAM

HENDRAWAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan menafikan khabar angin bahawa dia akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum bermulanya Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengendali dari Indonesia itu menjelaskan dia masih komited dengan tugasnya untuk membimbing Ng Tze Yong untuk layak ke temasya sukan terbesar dunia itu tahun hadapan.

“Saya mempunyai misi yang yang jelas dengan Tze Yong. Saya akan kekal komited dengan tanggungjawab saya untuk membimbing Tze Yong ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Proses kelayakan yang sedang berlangsung amat sengit dan Tze Yong tidak memerlukan sebarang gangguan ketika ini. Kami akan terus bersama bagi mencapai matlamat kami,” kata Hendrawan.

Hendrawan, 51 tahun mula menyertai kem kebangsaan pada 2009 dan menjadi antara tulang belakang kepada karier Datuk Lee Chong Wei.

Tze Yong yang mula mendapat sentuhan Hendrawan pada 2021 dan berjaya membentuk pemain itu menjadi antara pemain peseorangan lelaki yang meningkat naik dengan memenangi pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan muncul naib juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, bulan lalu.

Ketika ini, Tze Yong berada di kedudukan ke 12 ranking kelayakan Sukan Olimpik Paris.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya