Harimau Malaya ungguli Kumpulan D

Harimau Malaya ungguli Kumpulan D

PEMAIN Harimau Malaya meraikan gol jaringan Darren Lok dalam pertemuan dengan Taiwan di Stadium Municipal Taipei, semalam- Ihsan FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harimau Malaya kini mendahului Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas Oman tumpas 1-0 kepada Kyrgyzstan, lewat malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, skuad kendalian Kim Pan Gon pula menang 1-0 ke atas Taiwan untuk mencatatkan dua kemenangan berturut-turut.

Kemenangan berkenaan membolehkan Harimau Malaya mengutip maksimum enam mata daripada dua perlawanan, sekali gus memimpin Kumpulan D.

Kyrgyzstan mengejutkan pasukan ranking ke-72 dunia Oman 1-0 di Bishkek lewat malam tadi menerusi gol jaringan Odiljon Abdurakhmanov pada minit ke-49.

Oman berada di tangga kedua Kumpulan D dengan tiga, biarpun berkongsi tiga mata dengan Kyrgyzstan, mereka mempunyai kelebihan jaringan hasil kemenangan 3-0 ke atas Taiwan dalam perlawanan pertama.

Taiwan pula berada di tangga tercorot kumpulan itu selepas kalah dalam kedua-dua perlawanan pusingan kelayakan.

Selepas beraksi pada Piala Asia di Qatar Januari depan, Harimau Malaya akan menentang Oman pada aksi ketiga kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Muscat pada 21 Mac tahun depan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya