Harimau intai enam mata lawan Taiwan

Harimau Malaya intai enam mata lawan Taiwan

PEMAIN Harimau Malaya menunggu giliran melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pemain pertahanan Harimau Malaya, Corbin Ong me­nganggap skuad negara mendapat bonus jika dapat mengekalkan momentum kemenangan tanpa bolos menentang Taiwan esok dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2026.

Bagaimanapun katanya, misi utama skuad kendalian Kim Pan Gon adalah mengutip tiga lagi mata untuk meneruskan permulaan sempurna dalam aksi kelayakan dengan sasaran untuk mara ke pusingan 18 terbaik di Asia.

Menurut Corbin, sebagai seorang pemain pertahanan rekod tanpa bolos adalah satu kebanggaan, namun dia sedar cabaran yang bakal diberikan oleh Taiwan tidak boleh dipandang mudah ketika mereka beraksi di gelanggan sendiri di Stadium Municipal Taipe

“Kami akan menghadapi satu lagi perlawanan besar dan kami perlu mengekalkan persembahan terbaik sama se­perti menentang Kyrgyzstan bagi mendapatkan tiga mata penuh sekali lagi untuk mengekalkan momentum dan kami semua sudah bersedia.

“Semua pemain sudah tahu yang kita mempunyai kualiti dan jika gagal mendapat tiga mata penuh, ianya satu kerugian kerana kami tahu kami mampu untuk memperolehnya berdasarkan kua­liti semasa pasukan yang lebih baik.

“Bukan Taiwan pasukan yang kurang baik tetapi kita hadir de­ngan pasukan yang lebih baik untuk membawa pulang tiga mata penuh dan meneruskan permulaan cemerlang,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Pemain warisan Malaysia itu juga dia tidak kisah jika sesiapa pun yang dipilih sebagai pemain oleh pengendali skuad, Kim Pan Gon kerana apa yang penting adalah kemenangan menjadi milik Harimau Malaya dan mengutip enam mata maksimum dalam dua perlawanan.

“Rekod tanpa bolos sentiasa dianggap sebagai bonus. Kami mahu bermain permainan kami dan mahu menjaringkan gol serta mengelak dari dibolosi tetapi dalam bola sepak apa-apa juga boleh berlaku tetapi misi kami adalah menjaringkan seberapa banyak gol dan mengelak dari dibolosi.

“Persaingan antara saya dan Daniel Ting dalam pasukan sangat baik kerana kami memastikan kami sentiasa berada pada tahap terbaik untuk membawa Malaysia ke tahap yang lain dan perkara ini cukup bagus untuk pasukan,” kata pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Biarpun di atas kertas Malaysia mempunyai kelebihan ke atas Taiwan, anak-anak buah Pan Gon tidak boleh memandang ke atas lawan yang terkenal dengan julukan Sang Sayap Biru yang dibim­bing oleh Garry White. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya