Hannah ambil serius pergaduhan Liga Superimau

Hannah ambil serius pergaduhan Liga Superimau

Hannah Yeoh mengambil serius isu pergaduhan yang berlaku dalam Liga Superimau, hujung minggu lalu malah berharap penganjur peka dengan kod tingkah laku sukan bagi mengelak kejadian sama berulang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui kecewa dengan insiden pergaduhan yang tular dalam saingan Liga Superimau melibatkan pasukan Akademi MZ dan FCKL Eagles, Ahad lalu di Padang New Camp, Damansara. 

Perlawanan kategori bawah 16 tahun (B16) itu menyaksikan pergaduhan yang berlaku antara pihak penganjur dan ibu bapa para peserta tersebut menerima kecaman pengguna internet yang menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak matang. 

Kata Hannah, buat masa ini pihaknya sedang menunggu laporan lengkap mengenai kejadian itu sebelum mengambil tindakan, malah menegaskan penganjur kejohanan sepatutnya mampu mengawal keadaan dan tidak membiarkan perkara seperti itu terjadi. 

“Saya melihat video ini (pergaduhan tersebut) dan saya tidak gembira kerana semua pemain muda. 

“Jika anda (penganjur) terlibat dalam sukan, anda perlu mengetahui tentang kod sukan yang selamat dan anda perlu membuat segala usaha untuk mempromosikannya dan mengingatkan semua orang untuk ikuti kod tingkah laku ketika bersukan. 

“Kita (Kementerian Belia dan Sukan) tidak bertoleransi dengan keganasan terutamanya dalam sukan.

“Saya akan mendapatkan laporan dari badan sukan berkaitan dan jika perlu untuk mereka buat laporan polis, mereka akan lakukan. Namun saya sedang kumpul maklumat terlebih dahulu,” katanya.  

Hannah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan E-Sukan negara, MAS Tigers yang akan menyertai kejohanan Honor of Kings International Championship 2023, petang tadi. 

MAS Tigers mendapat wild card terlibat dalam kejohanan itu selepas meraih keputusan cemerlang iaitu pingat perak dan gangsa, masing-masing menerusi acara Arena of Valor dan Dota 2 dalam Sukan Asia Hangzhou, bulan lalu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya