Gol tunggal Isa Raman bantu TFC II julang Piala MFL 2023

Gol tunggal Isa Raman bantu TFC II julang Piala MFL 2023

TERENGGANU FC II muncul juara Piala MFL selepas menumpaskan JDT II di pentas final.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Terengganu FC II dinobatkan sebagai juara edisi pertama Piala MFL selepas menumpaskan pasukan pilihan, Johor Darul Takzim (JDT) II dengan keputusan 1-0 dalam aksi perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur sebentar tadi.

JDT mahukan kemenangan dalam perlawanan ini apabila membariskan beberapa pemain import dari skuad Liga Super ke dalam kesebelasan utama mereka antaranya, Oscar Arribas, Shane Lowry dan Endrick dos Santos.

Begitupun Terengganu yang dibimbing bekas penyerang negara, Hairrudin Omar tidak gentar apabila menunjukkan penguasaan penuh pada separuh masa pertama dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke kubu JDT, namun kedua-dua pasukan akur apabila menuju ke bilik persalinan untuk waktu rehat tanpa sebarang jaringan.

Bersambung aksi di babak kedua, JDT membuat beberapa pertukaran bagi memperkemaskan aksi mereka, namun Terengganu sebaliknya terus mengancam dengan beberapa percubaan berbahaya.

Penantian mereka akhirnya berhasil setelah pertahanan JDT, Aysar Hadi yang gagal mengawal bola dengan kemas dimanfaatkan pemain gantian Terengganu, Isa Raman untuk merembat kencang bola bagi menewaskan penjaga gol JDT, Zulhilmi Shaarani pada minit ke 88.

JDT cuba untuk mempercepatkan tempo permainan, namun ia sudah terlambat untuk menghalang Terengganu daripada mencatatkan kemenangan sekaligus menjulang kejuaraan Piala MFL 2023.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya