Chong Wei tidak terkejut tindakan Zii Jia tolak sertai RTG

Chong Wei tidak terkejut tindakan Zii Jia tolak sertai RTG

LEE Chong Wei (kanan) pernah menyebut Lee Zii Jia perlu membayar dengan harga cukup mahal jika ingin menjadi pemain terbaik dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemenang tiga kali pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei seakan sudah boleh membaca tindakan perseorangan lelaki penuh kontroversi, Lee Zii Jia yang enggan menyertai program “Road to Gold” (RTG).

Ia selepas Zii Jia yang telah diumumkan tersenarai ke dalam program persediaan menyambar pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 itu memandang sepi tawaran berkenaan sehingga hari terakhir iaitu semalam untuk memberi balas kepada Jawatankuasa RTG.

Terdahulu, Zii Jia telah diberikan tempoh selama dua minggu sehingga 14 November (semalam) untuk menandatangani kontrak bersama RTG selepas tertangguh selama beberapa bulan.

Bagi Chong Wei, ia sesuatu yang aneh memandangkan ini kali pertama atlet kebangsaan menolak bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan dalam usaha untuk persediaan beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu tahun hadapan.

“Saya tidak pernah dengar atlet tak sokong sebarang program sukan oleh kerajaan, saya percaya ini (Zii Jia) pertama kali. Ketika waktu saya dahulu, jika kerajaan mahu beri sokongan kita gembira dan terima apa yang mereka tawarkan.

“Sebelum ini ada pihak mengadu mengapa kerajaan tak mahu sokong atlet, namun bila ada usaha oleh kerajaan untuk jaga atlet ada pula yang menolaknya,” kata Chong Wei.

Di pihak peminat Zii Jia, mereka merasakan tindakan pemain itu sebagai langkah yang tepat bagi mengelakkan sebarang tekanan yang melampau.

Bagaimanapun Chong Wei yang turut bertindak sebagai pengurus skuad badminton RTG menyangkal persepsi berkenaan kerana tekanan akan tetap wujud buat mana-mana atlet yang bertanding, terutamanya badminton yang sering dijadikan prospek di pentas Sukan Olimpik.

“Sekiranya Zii Jia tak masuk RTG pun rakyat tetap akan mengharapkan emas daripada beliau. Saya rasa takkan kurangkan tekanan,” tambah Chong Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya