Ariana atlet keempat Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024

Ariana jadi atlet keempat Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024

Ariana Nur Dania Zairi (tengah) meraih pingat emas di Kejohanan Kelayakan Benua Asia Sukan Olimpik Paris 2024 sekaligus menemah tempat ke temasya sukan terbesar dunia itu. (FOTO: Ihsan Majlis Sukan Negara)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tuah buat atlet memanah recurve negara, Ariana Nur Dania Zairi apabila berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mara ke final Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.

Ariana, 18 tahun memulakan kempen ke Paris dengan baik apabila diberikan ‘bye’ pada pusingan pertama dan kemudian berjaya menumpaskan Enkhtuya Altangerel dari Mongolia dengan keputusan 6-0 di pusingan kedua.

Dia meneruskan momentum sama di pusingan ketiga apabila menyingkirkan Aisha Jasim Ali dari Emiriah Arab Bersatu dengan keputusan 6-2.

Memasuki saingan separuh akhir, Ariana diberikan tentangan sengit oleh atlet Iran, Yasna Pourmahani sebelum mencatatkan kemenangan 7-3 untuk mara ke final.

Ariana (kanan) antara atlet kebangsaan yang beraksi di Kejohanan Memanah Asia di Bangkok, Thailand. (FOTO: Ihsan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia)

Keputusan itu telah cukup menggembirakan kem negara memandangkan format pertandingan memperuntukkan dua pemanah terbaik dari kejohanan akan layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Begitupun Ariana tetap unggul di pentas final untuk membuktikan dia adalah antara prospek baru sukan memanah negara dengan menumpaskan Ziyodakhon Abdusattorova dari Uzbekistan, 7-3 untuk merangkul pingat emas.

“Kejohanan ini sepatutnya menjadi medan untuk saya mengutip pengalaman, saya langsung tidak menyangka akan dapat menang ataupun layak ke Sukan Olimpik, tetapi apa-apa pun saya tetap bersyukur dan teruja dengan peluang ini.

“Ini adalah satu langkah yang besar kerana saya tidak banyak beraksi di kejohanan antarabangsa, jadi mendapat tempat di Sukan Olimpik adalah sesuatu yag besar bagi saya secara peribadi,” jelas Ariana sejurus selepas dinobatkan sebagai juara.

Malaysia kini sudah mempunyai empat wakil yang akan beraksi di temasya sukan terbesar dunia itu pada tahun hadapan termasuk Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Latif (pelayaran) dan Johnathan Wong (menembak).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya