Aidil sedia lawan sesiapa sahaja

Aidil sedia lawan sesiapa sahaja

Aidil Sholeh Ali Sadikin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin sedia untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan dia mengakhiri hujung minggu ini di atas kedudukan podium.

Pemain berusia 23 tahun itu cemerlang melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa selepas menumpaskan pemain Korea Selatan, Cho Geonyeop di pusingan kedua hari ini.

Justeru dia akan turun hari ini menentang pemain Singapura, Jason Teh bagi memburu tiket ke separuh akhir.

Biarpun kedua-dua pemain tidak pernah bertemu sebelum ini, namun Jason memiliki kelebihan dari sudut ranking apabila berada di tangga ke 65 dunia berbanding Aidil yang berada di tangga ke 88.

“Sebenarnya saya tidak kisah sesiapa pun lawan saya, apabila saya masuk ke gelanggang, saya hanya memberikan tumpuan kepada taktik dan gaya permainan saya.

“Saya suka bertemu dengan pemain agresif seperti dia (Jason), jadi mungkin saya akan memberikan saingan lebih sengit untuknya,” jelas Aidil. 

Turut sama akan turun berentap di suku akhir hari ini adalah pilihan pertama kejohanan dalam acara beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See.

Gandingan profesional negara ini berjaya memastikan tiket ke suku akhir selepas menumpaskan pasangan Hong Kong, Lui Chun Wai-Fu Chi Yan di pusingan kedua semalam dengan keputusan 28-26, 21-19 dalam tempoh 50 minit.

Chan Peng Soon-Cheah Yee See

Cabaran baru buat Peng Soon-Yee See untuk perlawanan hari ini apabila mereka bakal bertemu dengan lawan yang tidak pernah ditentang sebelum ini, iaitu Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun dari Taiwan.

“Bagi saya lawan yang kami tidak pernah berentap sebelum ini adalah jauh lebih susah jika berdepan dengan lawan yang sudah biasa kami jumpa.

“Minggu lalu di Masters Indonesia kami sudah terkena apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan, jadi kali ini di laman sendiri kami akan lebih berwaspada, melakukan kerja rumah dengan lebih baik dengan menonton video perlawanan pasangan Taiwan itu agar kami boleh beraksi dengan lebih baik,” jelas Peng Soon.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya