Aidil, Jun Hao bergaya ke separuh akhir Masters Kuala Lumpur

Aidil, Jun Hao menang bergaya ke separuh akhir Masters Kuala Lumpur 2023

Pemain perseorangan lelaki negara, Aidil Sholeh Ali Sadikin mempamerkan kebangkitan untuk menempah slot ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 hari ini. (FOTO: AMIR KHALID)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad perseorangan lelaki negara meneruskan momentum kemenangan di laman sendiri untuk mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa hari ini.

Aidil Sholeh Ali Sadiki mempamerkan semangat juang tinggi untuk menafikan kemaraan lawan, Jason Teh dari Singapura dengan keputusan 21-18, 5-21, 21-13 dan akan membuat perhitungan dengan pilihan pertama kejohanan dari Taiwan, Lee Chia Hao esok.

“Permulaan set saya menghadapi kesukaran dan tidak memberikan fokus, bila jarak semakin jauh baru saya dapat rentak untuk kembali kejar dia semula.

“Mujur dia nampak penat dalam gelanggang, dan saya gunakan semua peluang yang ada untuk mencatatkan kemenangan,” kata Aidil.

Rakan senegara, Leong Jun Hao yang turun sebagai pilihan kedua kejohanan mudah mengatasi juara remaja dunia 2022, Kuan Kuo Lin dari Taiwan dengan keputusan 21-16, 21-5 dan akan berdepan pemain Korea Selatan, Choi Ji Hoon.

Pilihan kedua kejohanan, Leong Jun Hao mudah menewaskan juara remaja dunia, Kuan Kuo Lin dari Taiwan dalam aksi suku akhir Kejohanan Badminton Masters Kuala Lumpur 2023 hari ini. (FOTO: AMIR KHALID

“Saya langsung tidak menyangka saya dapat menghabiskan perlawanan dalam dua set sahaja kerana saya sebenarnya telah bersedia jika perlawanan diheret ke set penentuan.

“Saya hanya tumpukan sepenuh perhatian dalam gelanggang dan berjaya mengikut segala taktikal yang telah diterapkan oleh jurulatih saya,” jelas Jun Hao.

Terdahulu, Malaysia turut memastikan kemaran dua wakil dalam acara beregu campuran setelah pilihan pertama kejohanan, Chan Peng Soon-Cheah Yee See diberikan kemenangan percuma setelah Wu Hsuan Yi-Yang Chu Yun dari Taiwan menarik diri kerana mengalami kecederaan.

Choong Hon Jian-Go Pei Kee pula menceriakan kem negara apabila mempamerkan aksi memberangsangkan ketika menumpaskan pasangan Thailand, Tanupat Viriyangkura-Alisa Sapniti 21-11, 21-12 dan bakal membuat perhitungan dengan satu lagi pasangan Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong esok.

Pasangan Thailad itu telah menumpaskan pasangan Malaysia, Gan Jing Err-Owen Ting 21-15, 21-14 di suku akhir hari ini.

Wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki juga cemerlang apabila Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong kental menghadapi asakan pasangan Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dengan keputusan 21-17, 13-21, 21-16.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya