Aaron-Wooi Yik sasar final Masters Jepun

Aaron-Wooi Yik sasar final Masters Jepun

AARON Chia-Soh Wooi Yik berazam mara ke pusingan akhir Kumamoto Master Jepun bagi bergerak selesa dalam Jelajah Dunia Akhir 2023 nanti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyasarkan beraksi di final Master Jepun yang akan membuka tirai kejohanan esok.

Menurut Wooi Yik mereka perlu mara hingga ke kelompok dua terakhir dalam kejohanan itu bagi memastikan kedudukan yang lebih selesa dalam Jelajah Dunia Akhir nanti yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 Disember.

Tegas atlet berusia 25 tahun itu, jika mereka gagal mara ke pusingan akhir, maka pertarungan perlu diteruskan dalam Masters China pada penghujung bulan ini, di mana kejohanan itu pastinya akan memberi tekanan untuk persediaan ke Jelajah Dunia Akhir kelak.  

“Dua kejohanan ini adalah yang terakhir sebelum ke Jelajah Dunia Akhir, sekurang-kurangnya sampai ke separuh akhir atau akhir, ini bukan lagi satu tekanan yang kami cipta.

“Apabila berada di tahap ini, kami wajib ada standard pencapaian minima,” kata Wooi Yik. 

Aaron-Wooi Yik kini menduduki tangga kedua dunia dijadual berdepan gandingan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin yang berada di ranking ke-11 dunia pada pusingan pertama.

Berdasarkan rekod tujuh pertemuan sebelum ini, pasangan Taiwan itu pernah menang empat kali, namun pada pertemuan terakhir mereka dalam Kejohanan Dunia Ogos lalu, kemenangan berpihak kepada Aaron-Wooi Yik menerusi perlawanan straight set 21-16, 21-18.

Ketika ini, Aaron-Wooi Yik berada di ranking kelima Jelajah Dunia namun kedudukan itu boleh dipintas mana-mana pemain terutama pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang berada tidak jauh di belakang.

Hanya lapan gandingan terbaik ranking Jelajah Dunia dapat beraksi di Jelajah Dunia Akhir yang menawarkan mata ranking lumayan iaitu memburu mata kelayakan Olimpik Paris 2024.

Aaron-Wooi Yik pernah dua kali layak ke Jelajah Dunia akhir, iaitu pada edisi 2020 dan 2022 namun hanya menamatkan kejohanan di tempat tercorot kumpulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya