5 beregu campuran negara garang di Masters Korea

5 beregu campuran negara garang di Masters Korea

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GWANGJU: Barisan pemain badminton negara khususnya dalam acara beregu campuran menampilkan aksi cemerlang untuk melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Korea Selatan selepas menumpaskan lawan masing-masing hari ini.

Aksi yang berlangsung di Stadium Universiti Wanita Gwangju menyaksikan gandingan baru negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin pantas menunjukkan keserasian di dalam gelanggang apabila  membuat kejutan menewaskan pasangan lebih berpengalaman dari Korea Selatan, Wang Chan-Shin Seung Chan dengan keputusan  23-21, 21-15.

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan tidak berdepan masalah untuk menewaskan pasangan Taiwan, Lu Chen-Cheng Yu Pei dengan keputusan 21-15, 21-10, manakala rakan sepejuangan, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang juga pilihan kelima kejohanan mudah mengatasi pasangan Jepun, Hashiru Shimono-Miku Shigeta, 21-8, 21-12.

Yap Roy King-Valeree Siow juga turut mengesahkan kemaraan apabila menyingkirkan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Hsu Ya Ching dengan keputusan 21-14, 21-10.

Pasangan meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga mengiringi mereka ke pusingan kedua selepas mudah mengatasi wakil Taiwan, Chen Zhi Ray-Yang Ching Tun dengan keputusan 21-9, 21-6.

Nasib berbeza menimpa buat Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang baru sahaja memenangi Masters Kuala Lumpur 2023 minggu lalu apabila tewas kepada satu lagi pasangan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang, 11-21,14-21.

Aksi dalam beregu lelaki pula menyaksikan pilihan kelima kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani terpaksa bertarung selama tiga set dengan wakil tuan rumah, Choi Hyuk Gyun-Kim Jaehwan sebelum melakar kemenangan 21-8, 17-21, 21-12.

Bagaimanapun langkah dua lagi beregu lelaki profesional negara, Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci dan naib juara Masters Kuala Lumpur 2023, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong terhenti apabila tumpas di tangan lawan masing-masing.

Xin Yuan-Tien Ci tumpas kepada pilihan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin dengan keputusan 12-21, 16-21, manakala Hang Yee dan Eng Cheong pula terkandas di tangan Lee Fang Chih-Lee Fang Jen dengan keputusan 14-21, 14-21.

Tan Wee Kiong yang kini bergandingan dengan Nur Azriyn Ayub pula memastikan mereka tidak pulang awal apabila berjuang meraih kemenangan ke atas pasangan Jepun, Tori Aizawa dan Yuto Noda dengan keputusan 21-11, 21-12.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya