Zii Jia, Tze Yong naik ranking dunia

Zii Jia, Tze Yong naik ranking dunia

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PPETALING JAYA: Selepas menutup kempen Terbuka Artik minggu lalu selaku juara serta naib juara, dua perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong mengalami kenaikan dalam ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Zii Jia yang mengalahkan Tze Yong dalam kejohanan berstatus Super 500, naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-11 dunia, sekain menghampiri kelompok 10 terbaik.

Tze Yong  yang kalah kepada Zii Jia dalam perlawanan akhir di Finland itu menghuni ranking terbaiknya setakat ini dengan naik dua anak tangga ke kedudukan ke-17 dunia.

Kenaikan ranking yang dialami Tze Yong memang wajar, melihat kepada kemajuan ketara yang dicapai pemain berusia 23 tahun itu sepanjang tahun ini.

LEE ZII JIA

Dalam tempoh ini, dia mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong dan suku akhir Sukan Asia Hangzhou.

Tze Yong mula memasuki kelompok 20 terbaik dunia pada Jun berpotensi menembusi kelompok 15 teratas minggu depan dengan syarat mara sekurang-kurangnya ke final Super 750 Terbuka Denmark yang sedang berlangsung di Odense.

Sementara itu dalam saingan beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak mendaki empat anak tangga ke kedudukan 19 dunia hasil  kejayaan muncul naib juara Terbuka Artik.

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik (No. 4), Pearly Tan-M. Thinaah dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (kedua-duanya di No. 9 dunia) mengekalkan kedudukan asing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya